Thursday, December 1, 2011

Awas, Tips Ini Untuk Bakal Pengapit Bukan Untuk Bakal Pengantin :D


Haa kau tengok, aku dah kasik warning awal-awal. So hakak-hakakk bakal pengantin, apa lagi? Kenapa kau hentak-hentak kaki di sini, pergi kau main jongkang jongkit dengan bakal suami kau di sana! :D Ini memang tips untuk bakal pengapit ya bukan untuk bakal pengantin. Sebab selalu kalau search kat mana-mana mesti bakal pengantin je dapat tips lelebih kan, so mana aci! Cemna dengan bakal-bakal pengapit yang bakal jadi pengantin pada suatu hari nanti? Mereka pun haruslah ada tips sebelum menjadi pengapit kepada si pengantin, bukan? Yeah, give me 5 !!!

Mostly hakakk-hakakk yang jadi pengapit of courselah dari kategori belum berkahwin kannn. Takkan nak amek dah kawen? Oiitt, tak sedau diri ke? Camtuh tetamu lelaki bujang memang tak de feel  lah nak main kenyit-kenyitt mata dengan isteri orang. Kalau anak dara jadi pengapit, bolehlah  jugak usha-usha, kenyit -kenyit mata, jeling-jeling manja gituu..ececehhh! Itu pengapit anak dara lain ea, hakkakk kau ni takkk.. Tak koserr hakakk, aceceh..sedangkan tengah kaber-kaber line nak sorok dari peghangaii sebenorr di ketahui oleh incik Haiqal.,ngohoho! Maappp uuuu.....maaappppp.... :'D

Okay, apakah tips-tips yang boleh dijadikan panduan kepada bakal pengapit ni?

1. Jangan OVER
- Bermakna pakaian kau, makeup kau, blink-blink segala bagaii kau tu janganlah terlebih sudah dari puan pengantin. Dahlah puan pengantin yang muka tak seberapa mengharapkan timbulnya aura seri, 'nur' terpancar di mukanya time sanding, tuptupp salah pilih pengapit macam kau yang dua kali ganda lebih cantik dari dia. Tak cukup tu, baju kau kemain glemer bagai, makeup kau kemain tebal semacam. So, dapat tak bayangkan? Kasihan pengantin, tetamu tak pandang dia tapi pandang kau. Kau memanglah suka kannn.....hehe! So tak moh camtu ea, makeup biar nipis/natural tapi nampak sweet gitu :)

2. Jangan PERASAN
- Mana-mana pengantin yang melangsungkan perkahwinan, tak sah kalau tak ada kamera-kamera yang dok snap sana sini. Tak kiralah kamera jurugambar ke, tetamu ke. Dan lensa kamera mereka-mereka ini semestinya akan menghala ke pengantin. Jadi kau as pengapit, tolonglah jangan dok senyum sensorang cam kerang busuk sibuk nak bergambar sekalik. Maybe nampak macam lensa tu menghala ke kau, tapi sebenarnya dia tangkap gambar pengantin perempuan je. Nak sedapkan hati, adalah nampak jugak bahu kau sikit kat dalam gambar tu...hehe, malu tak?

3. Ikut Tema
- Kalau pestime jadi pengapit, korang kena alert dengan bakal pengantin tentang warna tema dia pada hari bersejarahnya itu. Dari nikah,berinai sampailah bersanding. Selalu orang tak alert, tapi cer bayangkan pengantin dah sedondon, pengapit lelaki dah ok tangg kau pengapit pompan spoil pakai warna lain. Kan tak cantik ?Cerr tengok contoh gambar kat atas skalik, cantikk kan bila sedondon? ececehhh....

4. 'Tukang Explain'
- Ya, jadi pengapit ni kadang-kadang satu part sepanjang majlis, korang akan rasa korang ni macam pegawai kaunter pertanyaan di Plaza Sg Wang. Teruk sangat ea? Okaylah, nak sedap lagi kita hamekk jiran seberang umah dia, macam pegawai kaunter pertanyaan kat Berjaya Times Square. Sebab kalau datang pokcik-pokcik, mokcik-mokcik yang dah lama tak menepung tawar, depa mesti tanya camner nak renjis-renjis ni? So secara tak langsung korang kena kaber-kaberr malu explain tangg tu. Itu baru bab merenjis, belum depa tanya si pengantin ni keje gaji berapa, guna kete apa, kenapa tak letak kipass..blablabla. Haha, gurau je!

5. Jadi 'Tukang Pelayan'
- Ni akan terjadi bila tiada adik-adik atau abang-abang pelayan (waiter catering) ya. Jangan bersenang lenang nak makan di meja pengantin. Harus alert segala makan minum pengantin. Sila rajinkan tangan dan ringankan punggung anda untuk berdiri dan mencedok nasi serta lauk pauk untuk pengantin.

6. 'Tukang Pegang Tisu'
- Ouh ni memang harus pegang sentiasa. Sebab kadang-kadang cuaca bila terang panas teramatlah pulak. Time nilah ketiyak berpeluh, badan berpeluh so as pengapit u olls haruslah menggunakan tisu yg kau pegang tu sebaik mungkin.

7.  'Tukang Perhati dan Tukang Cover'
- Tangg ni penting. Jangan terlampau heksaitedd jadi pengapit tengok tetamu dok melopong tengok pengantin sampai kau lupa rupanya kain orang tu kemain tinggi lagi bila dia duduk.  Oh patutlah kemain melopong lagi tetamu tengok pengantin,hehe. Bila jadi pengapit, kena selalu perati pengantin. Yela takut jadi cam tadi lah, tak pun veil senget ke, korset terbukak ke, tanjak senget ke.

8. Peneman Setia
- Ya, kau sudah dilantik jadi pengapit jadi kau kena teman pengantin kemana saja sampai depa nak melayari malam pertama. Hahaha, gurau je..tak lucah ea, tak lucah ea. Korang kena teman pengantin time nikah, korang kena teman pengantin time sebelum sanding, makan...itu harus! Nak-nak kalau pengantin nerbess, kau kena cool-coolkan dia jangan bagi gelabah tak keruan.

9.Sediakan Duit Secukupnya
- Haa ni khas untuk pengapit pengantin lelaki. Biasalah Malaysia penuh dengan adat, kangg nak masuk rumah kena tol ni la, kang lepas tol depan tetiba ada tol tengah pulak, kangg da lepas dua azab tol ada tol kat pelamin pulak. Selalu kes macam ni, pengapit tak sediakan duit lebih. So, untuk selamatkan diri sediakan dalam 50 sampul untuk tol, duit tak payah bebanyak RM1 sudehlah.. Baru RM50 melayang,hehehe.

10. Cantikkan Diri
- Tangg ni bonus! terserah kepada bakal pengapit. Kott rasa hilang seri sebab dah lama nauu tak mandi bunga, pi lah mana-mana spa mandi bunga. Kott rasa kemain kasar kulit muka tu, pi lah buat facial sana. Tak payah amek yang advance-advance kebabomm, normal facial sudah baru RM20. Kott rasa badan mengalami simptom badan berbau, pi lah mandi limau. Bukan nak over macam pengantin, tapi untuk kebersihan diri komer jugakkk khennn... Eh kenapa aku tidak semena-mena mentaip perkataan 'khennn'?? ouh sudahhh!!! :D


Cukup takat ni, kalo de nak tambah-tambah sila komen entri ni biau aku edit balik.
adios!


6 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

cantik pengapit..:)

Azmira Yusof said...

suka tang : ikut thema . pengantin time merah . pengapit pakai warni wani .. pastu yg pengapit laki pakai tshirt . euewww . tasuke!

Thnks Tips . kui3 :)

nick manjer said...

hahah..
memang penut dengan info...

hawiz said...

hahahahaa

Farihah Ahmad said...

aku dah 3 kali jadik pengapit. tapi kawinnya bila ntah :(

Syamimi Nazifa said...

amboi , tahulah dia ada pengalaman ;)

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com