Thursday, December 11, 2014

Tips Beli Supplement Kecantikan Overseas Murah!

Zaman sekarang ni kalau perasan dah ramai wanita especially perempuan terutama gadis-gadis belum berkahwin sangat taksub dengan kecantikan. Haa apa teruk sangat aku ni, perempuan wanita gadis bukan dari jantina yang sama ke? Haish. Tak payah cakap lah kalau tengok dekat instagram ke fesbuk ke yang komen produk kecantikan semua perempuan. So perempuan zaman sekarang kau jangan buat main ya bangg, dorang tak heran kau tinggalkan dia sebab dorang tau dorang dah cukup cantik boleh dapat lagi ensem dari kau. Haa jangan memain :'D

Sebelum kita melangkah lebih jauh kedalam untuk topik harini, nak tanya siapa yang rajin beli dan makan produk supplement from NowsFood, Glutathione Booster bagai yang semenangnya dari USA dan tak de jual di Malaysia? Korang dapatkan benda tu beratus dari penjual online kan? So harini nak ajar awak-awak yang sejantina dengan kita cara nak beli dan dapatkan supplement murah lagi berkualiti direct from USA. Mana yang tahu boleh diam boleh pangkah kakak punya blog ni..huahua.

So murid-murid meh kakak hajar awak satu persatu ya.

1. Buka laman web www.iherb.com . Dekat situ awak semua boleh nampak web macam kat bawah ni which is banyak kategori ya. Haa masa ni tahap peratus mata berpinar terus melonjak pada 30% . Relaks kakak adik sekalian ini baru permulaan so mata tu jangan nak pinauuuu sangat ya. Sebelum buat apa-apa register dulu ya so baru boleh beli dengan senang hati :)


2. Tetapkan misi asal korang. Kau bukak iherb.com untuk beli supplement je kan? So just bawa anak panah ke kotak yang tertulis Supplement dan keluar bermacam jenis produk macam kat bawah ni. Okay masa ni tahap peratus mata berpinar kau mula naik sikit kepada 60%. Sekali lagi aku sarankan untuk korang relaks masa ni sebab korang tak tahu apa yang dimahukan. 


3. Kita relaks-relaks dulu jangan terburu-buru. So kita klik je Supplement dan maka lagi terbentang lagi luaslah pilihan kita selepas ini. Boleh nampak susunan baik punya pelbagai jenama supplement yang korang nak. Paling femes is NowsFood lah.


4. Bila dah tahu nak beli apa, just klik mana yang patut. Seperti contoh macam aku yg sememangnya pemakan tegar VITC from Nows food, maka aku pun klik NOWSFOOD. Dan appear banyak gila produk NowsFood dan tanpa membuang masa terus klik Now Foods, C-1000, with Rose Hips & Bioflavonoids, 250 Tablets. Dan masa ni korang akan nampak dan terkejut dengan harga yang dipaparkan. Kenapa? 1botol besar Vitamin C mengandungi 250tablets hanya RM 56 only! Kat sini berapa ya? Compare :)


5. So bolehlah ADD TO CART dan tengok jumlah dan cara pengeposan seperti bawah. Macam aku beli Vit C RM 56 + kos postage DHL RM57 so total RM 113. Biarlah kos postage mahal janji selamat sampai dan puas hati sebab dapat beli 2x ganda murah :) Tapi untuk 1st timer, korang dapat kupon potongan harga tau so bila beli item takdelah harga macam aku ni, kira korang dapatlah potongan sampai bawah RM100. Haa jimat kan? Jimat sangat chuolssss



6. Macam mana dengan cara pembayaran? Tak ada kad kredit jangan risau sebab aku pun bukanlah anak orang-orang kaya yang diberi kad kredit dan boleh guna tanpa limit. Guna kad debit pun boleh ya awak-awak. Macam aku guna Maybank VISA. So dekat situ boleh isi apa yang patut dan diperlukan oleh pihak iherb.


So lepas dah dapat macam kat atas ni, yeayyy congratulation! Awak dah berjaya mengharungi pembelian supplement secara murah di Iherb.com! Just tunggu about 3 to 4 days untuk dapatkan supplement ya. Nombor tracking jangan risau akan diberi melalui emel selepas mereka terima pembayaran. Masa tu janganlah seronok sangat melihat perjalanan item awak yg tengah melalui saat saat getir melalui beberapa negara termasuk Korea, China, Singapore...huhu. Dan lepas dapat item tersebut mesti rasa seronok nak beli lagi. Yippie! 



Selamat bershopping di Iherb dot Com :)
adios!










2 comments:

Izzaty Zaty said...

waaaa murahnya! ni wajib terjah ni. hahaha walaupun duit kopak xD thanks share!

TRuECoLor said...

awk camna awk guna debit card maybank?sy asyik the credit card is declined je..huhu

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com