Tuesday, October 31, 2017

Abah & Mama Birthday Hi Tea Celebration

Rasa macam bersalah sangat dengan diri sendiri sebab suka sangat menabur janji pada diri konon nak keep update post itulah post inilah, kesudahnya? Hado? Eh hado lahh ni yang aku post entri ni bukan dikira update ke? Oh yes bukan dikira update tapi baru teringat nak update okay. Itu pun should be thankful dekat dak Edy sebab dia yang meremindkan aku pasal blog suam kuku aku ni. Hahaha gotcha! Dak Edy rajin weh rupanya stalk blog aku yang hidup segan mati tak mahu ni. Well, hai abang! Bini you tengah gigih tulis entri ni semata untuk you baca. You should be proud! Bhahaha. Oh yes minta maaf pada yang drop komen, tak sempat nak approve. Tapi dah approve dah. Mana yang sempat aku jawab, aku jawab. Tak sempat tu sorry ya.

Alright jangan nak bergembira sangat, marilah kita fokus pada tajuk yang satu. Actually, for FYI since dari tahun lepas sebenarnya planning untuk celebrate birthday Abah & Mama di Hotel Mahkota Melaka since yeahh hotel tu je kot bagi aku yang affordable dan makan best.  Yela since Mahkota Hotel baik siap kasi free one kepala if buy 4 kepala, kenapa berkata tidak kepada mereka punya promosi kan? Tapi itulah, kita merancang Allah menentukan. Tak jadi nak celebrate.

Rupanya Allah nak kasi plan baik punya supaya celebrate birthday mereka pada tahun ini. Segala maknenek decor semua aku buat sendiri. Mula ingat nak hire surprise planner, RM150 tak lari okay. Pastu ingatkan nak upah runner untuk just letakkan atas meja, RM30 dia cas. At last fikir,  baik aku datang buat sendiri memandangkan nanti pun memang aku dan dak Edy kena datang awal untuk bayar table. So gigih akak datang awal dengan dak Edy. Lepas bayar table terus kitorang dengan muka tak malu decor meja reservation kitorang punya. Mata yang tengok tak payah cakapla. Tapi, ada aku kisah? Hahaha.

1) Saprah tulis 'Abah & Mama Birthday Hitea Celebration' - 6pcs (FREE print sendiri)
2) White Flowers - 6pcs (RM 10 beli dekat kedai bunga India)
3) White Balloon - 3pcs (RM 9)
4) Kek Birthday - 1kg (RM 20)
5) 6pax Hitea Buffet Mahkota Hotel - RM 170 (from actual total price RM 210, jimat RM 40 camni kena pandai cari kawtim sendiri)

So lumpsum total RM 209. For me, so far Melaka Mahkota Hotel punya foods tak mengecewakan sebab dah banyak kali pergi makan sana. Tak kiralah for breakfast,lunch,  hi tea even iftar memang semua best. So berbaloi dengan harga. Plus kitorang just nak santai-santai celebrate bukan nak makan beria pun. Just nak eratkan silaturrahim dan meraikan ulangtahun. So better we choose hitea untuk celebration :)

Print out this 'saprah' guna printing mama senyap2 masa balik rumah Mama

Gambar Abah Mama ni pun..miahaha


Tarrraaa! Our family in all white themes


Wednesday, August 9, 2017

Say Yes to Drugstore Products!

Terlebih dahulu entri kalini bukan untuk memburukkan mana-mana lokal produk ya. Ini hanya pandangan aku dan ini blog aku, so please matang sikit jangan nak kondem saman-saman kayh. Kang kena aku saman kau, tak jadi apa kau lepas ni makan pasir je. 

Lately, my little sister actually not little sangatlah dah besar panjang pun umur pun dah 22 tahun. Dia lately aku tengok banyak dan suka beli barang skincare dari drugstore macam Watsons, Guardian, Caring Pharmacy tu. Bukan nak mengaibkan tapi inilah kebenaran sebelum ni masa dia still belajar in diploma kulit muka dia putih mulus gebus macam kulit telur. I keep asking her, apa dia guna sampai muka dia cantik cenggitu. Dia pun jawab dia guna tettt! Ya it's local products. Sekali adalah masa nak dekat konvo, dia stop guna that local products suddenly muka dia breakout habis. Ya Allah kiranya flawless lagi muka aku dari dia walaupun muka aku ni ada masalah big pores.

Dia pun akui muka dia start breakout since dia stop semua local products. So untuk kebaikan dan kesembuhan kulit wajah yang dikasihi lagi disayangi, dia stop sekejap dari mana-mana skincare products. So after few months, nampak dia dah start guna skincare dari drugstore macam Himalaya, Neutrogena, FREEMAN and so on. Then dia terus inform aku akan satu group Facebook yang sememangnya support drugstore products. Senang cerita kau masuk sikit pasal lokal produk habislah kau, memang habis sebab dorang ni takdelah anti-lokalproduk cuma anti-bahayakan diri..kah!

Tapi bagi aku group macam nilah bagus, menambah keyakinan kita pada drugstore products yang selama ni kita hanya memandang ringan dan remeh saja. Asal nampak produk Safi, Syahirah, Shurah, Eversoft pandang sebelah mata je konon takde nilai lambat result. Walhal, benda tulah paling selamat, kualiti terjamin, kilang pun hado. okaylah pengalaman sendiri dah almost sebulan pakai drugstore skincare products ni, memang nampak beza if konsisten dan yang penting skincare routine wajib jaga! Kau tak payah acah Korean sangatlah nak ikut Korean Skincare Routine pakai essence bagai kalau the simple step; mencuci, menyegar dan melembap pun berterabur dalam erti kata lain buat tak buat.

Tapi tulah gadis sekarang, perempuan sekarang semua nak instant result. Kalau boleh pakai produk putihkan muka pakai malam ni esok bangun tidur dah putih macam dinding. Kau gila ke apa? Tak pelik ke boleh putih dalam masa singkat walhal kau gelap dah berapa puluh tahun? Lepas tu guna skincare yg celah mana datang, entah ada based kilang sendiri ke tak kau sendiri pun tak tahu. 

So, cuba cubalah tengok dan join group Facebook yang aku bagitahu tadi tu. Mana tahu terbuka pintu hati nak kembali ke pangkal jalan (drugstore products), ahaks.




Adios!

Dilemma Seorang Isteri & Ibu ;p

Sekian lama mendiamkan diri di persada dunia blogger tiba-tiba aku kembali. Wah gituuu kemain kau. aku akui atas kesibukan 2015 membawa ke 2016 aku jadi tak berapa aktif berblogging. Alih-alih tahun ni selepas berkahwin dan punya anak barulah terkedek-kedek nak aktif blog. Oh Syaza ada anak dah? Iya saya..saya dah kawen dan ada anak sorang pun jadi sudah-sudahlah ganggu saya dan kehidupan saya..haha sengal.

Back to the story, I am not really sure actually samada nak kembali aktif berblogging or not sebab yes kekangan masa since selepas berkahwin dan anak ni, ohmaii perlu ke ulang status diri tu berulang kali Syaza? Oh yes supaya sedar diri yang kau dah berkahwin bukan bujangtrantangtang macam dulu lagi nak kinja sana sini, kah! Okay stop it. Okay back to the story again hahaha tapi since my husband okay takpayah nak romance sangatlah lets we just call him DAK EDY. Okay since Dak Edy dah repaired our computer so rasa macam bestlah pulak if nak berblogging semula.

Workspace di rumah sewa kami yg kengkadang jadi port Dak Edy main game

Tapi masalahnya kau nak cerita apa? Ya Allah kalau zaman bujang dulu mungkinlah boleh cerita yg mengarut ngarut seiring dengan usia. Tapi sekarang kau dah 27 tahun Syaza, cukuplah bercerita yg kosong nothing what so ever tu. Hello at least, my blog trafik ni still berjalan, and still can earn side income from Nuffnang tapi tula since cashout haritu my earnings asyikla di takuk RM 18 je bila nak RM 50 nya ni! So pada yg membaca please gaiss klik iklan nuffnang kakak tu. Kakak baru je lepas aktifkan akaun Nuffnang supaya Nuffnang baik hati semula nak letak iklan depa kat blog kakak yg sweet sweet sour ni.

Bukti blog masih digemari ramai, kah!

Bhaha aku ketawa sendiri pulak masa menaip ni sebab kenapa entri kalini aku banyak berdialog dengan diri aku sendiri? Haa see? Aku rasa macam ya Allah apa aku merepek ni? Lagi nak kembali aktif berblogging? Forget it! Aku takut bukan aku sakit jiwa menaip, takut kau yg sakit jiwa membacaa. Kah!

Adios

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com