Tuesday, July 7, 2015

Tips Lupakan Ex Boyfriend

Hahahaha it's so weird to talk about this. But takpe kot if nak share dengan korang especially untuk girls kat luar sana yg bila putus cinta terus rasa ohmaigadd rasa gelapnya dunia dan terus berkata "oh adakah aku bermimpi di alam barzakh?" Huhu just kidding. NOrmal orang putus cinta but it is not normal for some people yg dah bertahun2 bercinta..err like me, haha. Yelah dah lama mesti masing2 dah faham perangai masing2, ke tut depan2 pun dah tak heran derr tiba2 eh takde jodoh pulak, aisehhh...

So ini beberapa tips untuk chuols di luar sana.


1. Tenang dan Tarik Nafas Dalam2
Baru je lepas diputuskan dengan kata2 dlm WhatsApp or dala  fon, jangan meroyan adik2 kakak2 sekalian. Cuba berada di titik ketenangan, bawa bertenang dan tarik nafas sedalam2nya. Perempuan suka menangis, okay kalau nak menangis menangislah puas2. Macam aku dulu, suka menangis puas2, lepastu sakit kepala makan panadol minum air suam terus tidur. Nanti dah bangun, kau akan rasa segar jadi orang baru dilahirkan semula. Gitoo. Jangan kau bantai makan panadol minum air coke pulak, itu nak jadi kafir namanya bunuh diri.

2. Sibukkan Diri Dengan Benda Yg Disukai
Spend ur quality time with ur sister okaylah takde kakak atau adik perempuan, contact ur bestie untuk spend time sama2 mcm window shopping, tengok movie, makan2 and so on. Atau mungkin sebelum ni kau ada keinginan nak belajar jahit, mekap ke, masak ke, apa kata bila dah ada masa join kelas2 jangka masa pendek esp hujung minggu yg dianjurkan oleh kolej komuniti,giat mara atau persendirian. Yang penting jangan biarkan diri kau keseorangan di sesuatu tempat sebab ia boleh mengundang kau teringat pada ex.

3. Buka dan Relakan Hati Untuk Semua
Kalau sebelum ni masa bercinta kau rasa geli dan jijik untuk bukakan hati pada orang lain, apa kata bukakan sedikit hati untuk orang lain. Kalau masa bercinta dengan ex, kau ada secret admire dan kau tak pernah reply segala mesej2 admire (s) kau tu, apa kata kau balas tapi jangan bagi harapan pulak, bagitau kau lebih selesa berkawan buat masa sekarang. Perlu diingatkan, masa baru putus ni perasaan desperate kau untuk dapatkan pengganti ex sangat tinggi. So jangan terlalu terlampau desperate untuk cari pengganti. Biarkan selepas putus, kau berkawan dengan semua. Nanti bila hormon kau okay, baru masa tu kau dapat menilai dan memilih lelaki yg betul dan benar.

4. Cantik dan Manjakan Diri
Kalau sebelum ni, tak pernah pun sekali kau mencantikkan apatah lagi memanjakan diri sebab konon kau sibuk nau bercintakan, apa kata pergi spa atau mana2 pusat kecantikan yg mengikut bajet untuk kau manjakan diri...gitu kemain aku dengan perkataan memanjakan diri chuols. Ala it depends on you girls. Kalau rasa ada duit, buatlah. Kalau tak ada buat sendiri dekat rumah sudah. But for me, baik pergi buat di luar best ada orang tolong buatkan, tak ghenyah buat sendiri, minda pun relaks. Nak cari murah? Download applikasi FAVE di playstore. Ohmaigadd kat situ semua maknenek dari top to bottom ada!

5. Jalinkan Hubungan Yg Rapat Dengan Allah.
Kalau sebelum ni, solat kemain liat apakata rajinkan diri bersolat, lakukan solat tahajjud Dan berdoa agar diri sentiasa diberi ketenangan. Nak lagi tenang, lepas solat bacalah AlQuran, kalau kau tak dapat tepis rindu berdoalah pada Allah supaya sampaikan rindu kau pada ex kau tu. Tapi jangan keep berdoa agar hati ex kau dilembutkan semula agar korang boleh bersatu kembali, sebab kita kena percaya mungkin ada hikmah kenapa kita putus. Mungkin Allah nak bagi kita someone yg jauh lebih baik, handsome dan kaya nanti haaa rugi kau nanti! Haha.

6. Jangan 'Putuskan' Hubungan Dalam Laman Sosial
Meskipun dah putus in realiti, jangan kasi putus dalam laman sosial ya. Mungkin bagi kau macam like "Lahh, alang2 dah putus tu kasi putus terus dalam segala laman sosial" itu merupakan kata2 orang yg berdendam tak baik cenggitu. Biarkan je. Kita ni adik2 kaka2 kalau boleh janganlah berdendam ada musuh kat dunia. Lagipun nanti, bila kau dah jumpa orang baru dan kau bahagia bolehlah kau upload biar kasi dia tengok. Kita tengok rentap ke sentap jiwa dia, hahaha jangan cenggitu tabaik.

Berikut merupakan antara tips yg aku dapat share dekat sini. Adalah jugak certain tips di atas aku buat dan yeah even it's quite hard but boleh je move on. Depends to ourself jugak. Kalau kau kuat dari segi mental motivation kau pasti boleh, aku yg lembik lemau ni pun boleh takkan kau yg kuat lagi gah perkasa tak boleh kan:)


No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com